Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sambil mengucapkan tahniah atas kemenangan revolusi Mesir menjatuhkan regim diktator Hosni Mubarak, Ayatullah Taskhiri menyatakan harapannya agar revolusi ini mencapai matlamat-matlamatnya yang lain. Kata beliau hubungan kebudayaan antara Iran dan Mesir tidak pernah terputus meskipun rezim Hosni Mubarak berusaha melemahkannya.
Ketika mengingatkan hubungan kedua negara dalam berbagai bidang, Ayatullah Taskhiri mengatakan, salah satu tuduhan tidak berasas yang dicanang oleh musuh ialah campur tangan Republik Islam Iran dalam menyebarkan Syiah di Mesir.
“Kami dengan tegas mengumumkan bahawa tuduhan itu sama sekali tidak berasas dan bahkan kami tidak menganjurkan usaha-usaha individu dalam masalah itu,” katanya.
Ayatullah Taskhiri menambah, “Kami meminta semua pihak menguatkan hubungannya dengan mazhab-mazhab utama Islam dan menekankan bidang-bidang persamaan antara mazhab-mazhab sehingga pendekatan pemikiran dapat dicetuskan secara semulajadi. Langkah ini juga akan berhujung dengan perpaduan sikap dalam menghadapi berbagai masalah dan cabaran umat.”
Di akhir pernyataannya, Ayatullah Taskhiri berharap hubungan diplomatik yang baik kedua-dua negara ini menjadi realiti.